Nuffnang Add

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Tahun Baru Cina


Mythology about Chinese New Year
According to tales and legends, the beginning of Chinese New Year started with the fight against a mythical beast called the Nian (Chinese: 年; pinyin: nián). Nian would come on the first day of New Year to eat livestock, crops, and even villagers, especially children. To protect themselves, the villagers would put food in front of their doors at the beginning of every year. It was believed that after the Nian ate the food they prepared, it wouldn’t attack any more people. One time, people saw that the Nian was scared away by a little child wearing red. The villagers then understood that the Nian was afraid of the colour red. Hence, every time when the New Year was about to come, the villagers would hang red lanterns and red spring scrolls on windows and doors. People also used firecrackers to frighten away the Nian. From then on, Nian never came to the village again. The Nian was eventually captured by Hongjun Laozu, an ancient Taoist monk. The Nian became Hongjun Laozu's mount - from wikipedia
Year of TheDragon
This year, public holiday started last weekend until Wednesday and for some students, the school are closed for one week.  Isn't it great.. Alya is back home, Adham and Aisyah will be off until end of next week.  Life is great..Alhamdulillah!!  
The not so good news were, Adham need to go for minor surgery for his ears next Thursday.  We pray to Allah for Adham's quick recovery.  
We had a fun family outing to Sunway Pyramid today, first having ice cream at New Zealand Neutral, hmm but what happened to Aisyah? Kenapa dia sedih?  Oh, merajuk....dah dapat kasut Miss Whatever Polkadot pun merajuk jugak!!
Sedapnya ice cream
Ayah...nak jugak sun glasses!!!!
Tak kecah, syah tak nak aish keyem pun tak apa!! Hannah nakkk....
Ehhh...new logo ke?
Lepas makan ais cream, ayah cari slack kerja.  Ini sudah pelik, sebab ayah bukannya senang nak shopping!  Apa-apa pun as usual, he he he saya tumpang sekaki!!!
Lepas ni gi mana lagi ye? Oh, Popular...beli buku latihan untuk Aisyah dan Adham.  Dah penat shopping mestlah kita laparkan!  Nandos pun okla for lunch.

 
 

Nasi Hannah..
Saya dah enyang!!
             
           
Dah lepas shopping, lepas merajuk, lepas makan, apa lagi balikla lagipun solat zohor belum buat lagi.  Che comel Hannah pun dah tertidur...  
 Friendly "Joker"
Dah nak naik escalator ke parking, tiba-tiba Alya panggil "Mama, I guess I saw something you are looking for...!" Apa ye...?
Hmm...yummy yummy cupcakes @ Cupcakes Chic
 




Friday, January 13, 2012

Al-Fatihah......

Dah 13 hari kita melangkah ke tahun 2012..Tak terkejar masa yang berlalu, macam-macam dah terjadi dalam masa 13 hari yang lalu, ada sahabat handai yang mendirikan rumah tangga, ada yang melahirkan cahayamata, ada yang kehilangan orang yang tersayang, ada yang sakit, ada yang sihat, ada yang ditimpa musibah dan macam-macam lagi.  
Saya baru saja mendapat berita rakan adik saya yang juga merupakan anak angkat ibu saya meninggal dunia petang ini.  Zie, mungkin namanya Fauziah (saya sudah lupa nama penuh beliau), kembali kepadaNya, lost her life to cancer.  Yang menariknya, berita kematiannya di terima dari anak perempuan beliau yang tidak pernah kami kenali.  Mengikut anaknya, allahyarhamah banyak bercerita mengenai ibu saya sewaktu beliau sakit.  Sayang sekali beliau tidak menghubungi kami semasa hayatnya ada, kami mungkin berpeluang berjumpa arwah.  
Saya tidak begitu mengenali beliau dengan rapat tapi saya mengingati beliau sebagai seorang yang sangat lemah lembut, sopan santun dan sangat menghormati orang tua.  Kali terakhir saya berjumpa beliau lebih kurang 15 tahun yang lepas, beliau sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan saya.   Walaupun tidak berjumpa tetapi arwah selalu berkirim kuih muih menjelang syawal kepada ibu saya. Tahun lepas beliau ada menghubungi ibu menyatakan hasrat untuk membawa keluarganya mengunjungi ibu di Kelantan  tapi tidak jadi memandangkan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan.  
Walaupun tidak mengenali suami dan anak-anaknya, saya berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk menempoh cubaan Allah dan kepada kalungan Al-Fatihah saya sedekahkan kepada arwah Zie!


Tuesday, January 3, 2012

And the routines starts....



Gambar diatas tidak ada kena mengena dengan tajuk post saya hari ini. Gambar ini dirakam ketika saya balik menziarahi pakcik saya masa cuti di Kelantan baru-baru ini.  Rasanya my editing for the photos agak keterlaluan!  Opps lari sikit dari tajuk entry!

Mungkin entry kali ini ada sedikit persamaan dengan Pakcik diatas.  Beliau sedang menjalankan kerja harian beliau sebagai pesawah dan cerita saya hari ini ialah mengenai cuti sekolah yang sudah menghampiri penghujung dan itu juga bermaksud rutin hidup bermula seperti biasa.  Hari ini Alya Sabrina telah kembali ke MRSM Pekan dan esok bermulalah episod baru Alya sebagai pelajar tingkatan 2.  Adakah rutin 2 minggu sekali mengunjungi beliau masih perlu, harapnya anakanda saya sudah dapat menyesuaikan diri dan bolehlah kami skip the routine and visit her once a month only.  Gosh, she cannot assess to internet...tak dapatla saya cuba untuk menyampaikan hasrat saya ini kepada Alya :)

Tahun ini Muhammad Adham akan menduduki peperiksaan UPSR, tinggi harapan kami untuk melihat dia berjaya seperti Alya! He will be celebrating his 12th birthday very soon, 6th Jan and we still do not know what to give him this year!  Kalau Aisyah senang sikit because list dia dah panjang untuk kami!  My bubbly daughter, always cheer us up!

Today is already 3rd of January, hopefully we will live and enjoy 2012 better than 2011!

Sunday, January 1, 2012

Today is 1st Jan 2012!!!

Time flew very fast!  Rasa baru je update school holiday started, Alya is back home and etc..now semuanya dah end and 2012 is here!  I am a year wiser..gosh macam tak percaya je!  2011 was a great year, full of memories - Hannah warded 2 times, rumah baru beli retak and we have to fight to get a replacement, I got my new car for birthday present (monthly payment kena bayar sendiri), ok la kan, and macam-macam cerita lagi... Apa-apa pun yang boleh dijadikan teladan diambil dan yang mana tidak elok kita cuba perbaiki tahun ni!!

Azam tahun baru?  Tak payah tunggu new year baru nak buat azam.  Bila-bila pun boleh berazam sebab yang penting bukan ada azam tapi melaksanakan azam.

Hmm last few weeks we managed to go for a short holiday kat Singapore and yes of course we visit USS!  The children enjoyed themselves even though it was raining.  After Singapore, we went back to Kelantan - buat bubur Assyura and finally balik Kedah.

Some of the shots taken in Singapore.













 
 
 

Sunday, November 20, 2011

Bermulanya Cuti Sekolah....

Cuti sekolah yang panjang telah pun bermula.  Sungguh seronok rasanya semua ada kat rumah, tak payah tergesa-gesa hantar budak-budak pagi-pagi, tak payah travel 2 minggu sekali ke Pekan, hmm bestnya!

Hari ini Adham bertolak ke Kuala Kangsar, follow geng MAS Adventure Camp.  Ramai jugak yang pergi dalam 85 orang.  Rasa agak cuak jugak nak bagi Adham pergi, pandai ke dia uruskan diri, tidur dalam khemah and etc..tapi tak apa la, anak lelaki kena kuat sikit!

Sebab hari ni first day cuti sekolah, saya pun merasa agak rajin.  Breakfast hari ini agak best dan berat - Laksa Johor dan Walnut Bread.

Laksa Johor yang takde bahan-bahan




Saturday, November 12, 2011

11.11.2011

Walaupun hari ini sudah 12.11.2011 tetapi tajuk post saya adalah berkisah kepada hari semalam.  Hari yang ditunggu oleh ramai orang.  Tidak pula saya ketahui apakah istimewanya tarikh tersebut, mungkin nombornya cantik 11.11.11, yang pastinya ramai pasangan yang telah memilih tarikh tersebut untuk menamatkan zaman solo masing-masing. Tidak juga ketinggalan pasangan ibu bapa yang memilih tarikh tersebut untuk melahirkan zuriat mereka, apa-apa pun tahniah kepada semua atas kegembiraan yang mereka kecapi.

Tapi disebalik kegembiraan,  tarikh tersebut juga membawa berita duka kepada mereka yang mengalami tragedi.  Saya amat tersentuh dengan kisah perlanggaran bas ekspress dan lori pasir yang berlaku di lebuhraya PLUS di Km 382.1 yang telah meragut 4 nyawa.  Al-fatihah kepada mangsa yang telah pergi dan takziah kepada kaum keluarga mereka terutama anak allahyarhamah Basarah Saad, yang juga telah kehilangan ayah mereka sebelumnya.  Semoga anak-anak allahyarhamah tabah!


Semalam juga saya berpeluang untuk menyaksikan majlis perkahwinan sahabat karib ataupun adik angkat  ibu saya, Makcik Anum yang telah berjumpa pasangan hidup beliau.  Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.