Nuffnang Add

Sunday, November 20, 2011

Bermulanya Cuti Sekolah....

Cuti sekolah yang panjang telah pun bermula.  Sungguh seronok rasanya semua ada kat rumah, tak payah tergesa-gesa hantar budak-budak pagi-pagi, tak payah travel 2 minggu sekali ke Pekan, hmm bestnya!

Hari ini Adham bertolak ke Kuala Kangsar, follow geng MAS Adventure Camp.  Ramai jugak yang pergi dalam 85 orang.  Rasa agak cuak jugak nak bagi Adham pergi, pandai ke dia uruskan diri, tidur dalam khemah and etc..tapi tak apa la, anak lelaki kena kuat sikit!

Sebab hari ni first day cuti sekolah, saya pun merasa agak rajin.  Breakfast hari ini agak best dan berat - Laksa Johor dan Walnut Bread.

Laksa Johor yang takde bahan-bahan




Saturday, November 12, 2011

11.11.2011

Walaupun hari ini sudah 12.11.2011 tetapi tajuk post saya adalah berkisah kepada hari semalam.  Hari yang ditunggu oleh ramai orang.  Tidak pula saya ketahui apakah istimewanya tarikh tersebut, mungkin nombornya cantik 11.11.11, yang pastinya ramai pasangan yang telah memilih tarikh tersebut untuk menamatkan zaman solo masing-masing. Tidak juga ketinggalan pasangan ibu bapa yang memilih tarikh tersebut untuk melahirkan zuriat mereka, apa-apa pun tahniah kepada semua atas kegembiraan yang mereka kecapi.

Tapi disebalik kegembiraan,  tarikh tersebut juga membawa berita duka kepada mereka yang mengalami tragedi.  Saya amat tersentuh dengan kisah perlanggaran bas ekspress dan lori pasir yang berlaku di lebuhraya PLUS di Km 382.1 yang telah meragut 4 nyawa.  Al-fatihah kepada mangsa yang telah pergi dan takziah kepada kaum keluarga mereka terutama anak allahyarhamah Basarah Saad, yang juga telah kehilangan ayah mereka sebelumnya.  Semoga anak-anak allahyarhamah tabah!


Semalam juga saya berpeluang untuk menyaksikan majlis perkahwinan sahabat karib ataupun adik angkat  ibu saya, Makcik Anum yang telah berjumpa pasangan hidup beliau.  Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.




                        



Monday, November 7, 2011

Lolipop....

Lolipop, kegemaran kanak-kanak (kanak-kanak je ke? ahaks ahaks..).  Sebenarnya lolipop tu bukannya sedap sangat, rasa manis yang teramat dan amat la terasa pewarna tiruannya! Tapi kenapa lolipop popular? Hah dah tentu la sebab warnanya yang terang dan bentuk yang menarik.  Dan itulah yang telah menarik budak 2 orang kat bawah ni....







The above photos were taken using my nikon d300s, 50mm f1.8 1/500

Opick - Rapuh ( bersama lirik )

Sunday, November 6, 2011

“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.”
by Steve Jobs.





Everybody is talking about him, about his innovations, about his passion and every other single things about him!  
Of course I revere him, I have his innovation, on my 40th birthday, i received - an iPad from Mr. Hubby!, I am also using the MacBook Pro, my very best fren.
Revere is best to describe our respect for the accomplishments or attributes by Jobs but revering is not enough, we must try to apprehend his passion and perseverance and try as much possible to apply in our context.


Enough for today..good nite peeps!

Thursday, November 3, 2011

Yummy yummy Fruit Pastry Cake...

Hari ni rasa agak rajin.  Dari semalam dok menengok blog orang Singapore ni..menarik betul recipe-recipe dia.  Setelah menilik-nilik dan dok berkira-kira apa bahan-bahan yang ada, maka saya telah memilih Fruit Pastry Cake untuk di cuba!  Recipe asalnya guna fresh fruits tapi saya ni dah lama "berhutang" ngan kawan-kawan seopis untuk memasak fruit cocktail yang kitaorang dapat hadiah semasa menganjurkan majlis amal "Cheer For Charity".  Kalau buat puding tu agak biasa le itu sebab saya pilih Pastry Cake ni, nampaknya pilihan saya tepat, esok bolehla dibawa menjamu untuk breakfast....