Nuffnang Add

Saturday, November 12, 2011

11.11.2011

Walaupun hari ini sudah 12.11.2011 tetapi tajuk post saya adalah berkisah kepada hari semalam.  Hari yang ditunggu oleh ramai orang.  Tidak pula saya ketahui apakah istimewanya tarikh tersebut, mungkin nombornya cantik 11.11.11, yang pastinya ramai pasangan yang telah memilih tarikh tersebut untuk menamatkan zaman solo masing-masing. Tidak juga ketinggalan pasangan ibu bapa yang memilih tarikh tersebut untuk melahirkan zuriat mereka, apa-apa pun tahniah kepada semua atas kegembiraan yang mereka kecapi.

Tapi disebalik kegembiraan,  tarikh tersebut juga membawa berita duka kepada mereka yang mengalami tragedi.  Saya amat tersentuh dengan kisah perlanggaran bas ekspress dan lori pasir yang berlaku di lebuhraya PLUS di Km 382.1 yang telah meragut 4 nyawa.  Al-fatihah kepada mangsa yang telah pergi dan takziah kepada kaum keluarga mereka terutama anak allahyarhamah Basarah Saad, yang juga telah kehilangan ayah mereka sebelumnya.  Semoga anak-anak allahyarhamah tabah!


Semalam juga saya berpeluang untuk menyaksikan majlis perkahwinan sahabat karib ataupun adik angkat  ibu saya, Makcik Anum yang telah berjumpa pasangan hidup beliau.  Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.




                        



No comments:

Post a Comment

Post a Comment