Nuffnang Add

Friday, January 13, 2012

Al-Fatihah......

Dah 13 hari kita melangkah ke tahun 2012..Tak terkejar masa yang berlalu, macam-macam dah terjadi dalam masa 13 hari yang lalu, ada sahabat handai yang mendirikan rumah tangga, ada yang melahirkan cahayamata, ada yang kehilangan orang yang tersayang, ada yang sakit, ada yang sihat, ada yang ditimpa musibah dan macam-macam lagi.  
Saya baru saja mendapat berita rakan adik saya yang juga merupakan anak angkat ibu saya meninggal dunia petang ini.  Zie, mungkin namanya Fauziah (saya sudah lupa nama penuh beliau), kembali kepadaNya, lost her life to cancer.  Yang menariknya, berita kematiannya di terima dari anak perempuan beliau yang tidak pernah kami kenali.  Mengikut anaknya, allahyarhamah banyak bercerita mengenai ibu saya sewaktu beliau sakit.  Sayang sekali beliau tidak menghubungi kami semasa hayatnya ada, kami mungkin berpeluang berjumpa arwah.  
Saya tidak begitu mengenali beliau dengan rapat tapi saya mengingati beliau sebagai seorang yang sangat lemah lembut, sopan santun dan sangat menghormati orang tua.  Kali terakhir saya berjumpa beliau lebih kurang 15 tahun yang lepas, beliau sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan saya.   Walaupun tidak berjumpa tetapi arwah selalu berkirim kuih muih menjelang syawal kepada ibu saya. Tahun lepas beliau ada menghubungi ibu menyatakan hasrat untuk membawa keluarganya mengunjungi ibu di Kelantan  tapi tidak jadi memandangkan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan.  
Walaupun tidak mengenali suami dan anak-anaknya, saya berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk menempoh cubaan Allah dan kepada kalungan Al-Fatihah saya sedekahkan kepada arwah Zie!


No comments:

Post a Comment